Pasukan Bola Sepak Serbia Juara Piala Dunia Bawah 20 Tahun

Pasukan Bola Sepak Serbia Juara Piala Dunia Bawah 20 Tahun

Pasukan Bola Sepak Serbia telah melakukan kejutan apabila mengalahkan pasukan Bola Sepak Brazil 2-1 dalam perlawanan akhir Piala Dunia Bawah 20 Tahun.

Jaringan pertama pasukan Serbia dijaringkan oleh Stanisa Mandic pada minit ke 70 dan kemudiannya disamakan oleh pasukan Brazil melalui Andreas Pereira pada minit ke 73. 

Kedua-dua pasukan terpaksa bermain dalam masa tambahan dan seolah-olah akan berlanjutan kepada sepakan penalti. Nemanja Maksimovic telah menjaringkan gol kemenangan pada minit ke 117 untuk memberikan kemenangan berharga pasukan Serbia ke atas Brazil.

Kemenangan pasukan Serbia ini yang dikenali sebagai sebuah negara merdeka sepatutnya berterima kasih kepada penjaga gol yang merangkap ketua pasukan iaitu Pedrag Rajkovic yang berkali-kali menyelamatkan percubaan daripada pasukan Brazil.

Pasukan Brazil yang merupakan generasi akan datang telah berusaha sedaya upaya untuk memenangi perlawanan ini dan mereka terpaksa berpuas hati dengan Naib Juara Piala Dunia Bawah 20 Tahun.

Comments